Terms and Condition


TERMA & SYARAT
1.     Pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) untuk custom design sepenuhnya perlu dibuat 2 BULAN sebelum tarikh kutipan/serahan.
(Pelanggan dinasihatkan untuk merancang tempahan kad selewatnya 5 bulan sebelum Majlis berlansung)

2.     Bagi pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) yang dibuat KURANG TEMPOH  2 BULAN sebelum tarikh kutipan/serahan, pelanggan hanya boleh memilih artwork daripada rekaan-rekaan yang sedia ada. Tetapi masih boleh untuk membuat perubahan-perubahan berikut:
*   Format kad (Saiz)
*    Susunan atur (layout)
*    Warna (Tema)

3.     Sekiranya pengesahan tempahan (bayaran deposit & penyerahan borang) dibuat KURANG TEMPOH 30 HARI daripada tarikh kutipan/serahan, pelanggan hanya boleh memilih artwork daripada rekaan yang sedia ada. Tetapi masih boleh untuk membuat perubahan-perubahan berikut:
*    Format kad (Saiz)
*    Warna (Tema)

4.     Pengesahan tempahan yang dibuat KURANG TEMPOH 2 MINGGU dari tarikh kutipan/serahan dianggap sebagai “rush order” dan pelanggan hanya boleh membuat pertukaran warna (tema) sahaja. Caj tambahan sebanyak 10% dari jumlah bil akan dikenakan.
               *** tempoh tempahan kurang dari 8 HARI tidak akan dilayan***

5.     Pelanggan perlu menyerahkan borang maklumat yang lengkap di isi berserta peta lengkap & sebarang sample/senarai sebagai panduan sebelum WeDoCard memulakan fasa rekaan. Artwork pertama berdasarkan maklumat-maklumat ini tidak dikenakan sebarang caj.

6.     Perubahan berikut hanya dibenarkan dilakukan sebanyak 3 kali selepas artwork pertama siap dan dihantar kepada pelanggan:
*    Format kad (Saiz)
*    Susunan atur (layout)
*    Warna (Tema)
*    Peta

7.     Caj levi sebanyak RM50 untuk setiap artwork baru akan dikenakan jika perubahan yang diminta melebihi 70% atau pelanggan ingin menukar rekaan keseluruhan kad kepada yang baru.

8.     Sekiranya pelanggan membekalkan sebarang imej/clipart/pattern sendiri, pihak WeDoCard akan membuat tapisan bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu copyright. Bagi pelanggan yang ingin design sendiri, sila sertakan file format ai. (Adobe Illustrator) yang telah “create outline”.

9.     Pelanggan boleh memberi seberapa banyak contoh-contoh kad sebagai panduan untuk proses rekaan, Namun pihak WeDoCard akan memasukkan interpretasi WeDoCard ke dalam semua rekaannya dan hanya menggunakan elemen/imej/clipart/pattern yang ada dalam sumber WeDoCard.


10.   Pihak WeDoCard mempunyai hak untuk menentukan sebarang rekaan & produk cetakannya adalah mengikut standard/prinsip rekaan WeDoCard.

11.   WARNA pada kad akan 95% sama seperti rekaan dalam computer. Pihak WeDoCard tidak dapat menjanjikan warna hasil cetakan yang 100% sama dengan artwork yang telah dipersetujui kerana ia melibatkan dua penyelarasan warna iaitu pada pada skrin monitor komputer dan mesin cetak.


12.   Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberi adalah lengkap, betul ejaan & struktur ayat serta tatabahasanya. WeDoCard akan membuat edit secara copy & paste tanpa sebarang proof-reading kecuali yang dapat dikesan secara kebetulan. WeDoCard tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kesalahan setelah kad siap dicetak.

No comments:

Post a Comment